>Bentuk Perisai<
Melambangkan satu institusi yang kuat dan tahan dari segala ancaman dan cabaran.
>Warna Biru<
Melambangkan semangat perpaduan, kerjasama, bersatu hati dalam segala rusan di antara pelajar, guru, dan masyarakat dalam mencapai cita-cita bersama melalui pendidikan.
>Bulan dan Bintang<
Lambang agama rasmi negara iaitu Islam dan menunjukkan majoriti pelajar, guru, dan ibubapa dari bangsa melayu yang beragama Islam. Pendidikan di sekolah juga berlandaskan agama Islam.
>Lambang Buku<
Menunjukkan ilmu pengetahuan yang perlu dicari oleh setiap insan di dunia ini tanpa rasa jemu selaras dengan tuntutan Islam untuk mencari sehingga ke akhir hayat.
>Tiga Gelung Bercantum<
Melambangkan aktiviti kokurikulum yang penting untuk mengimbangi kehidupan pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.
Bendera Sekolah
>Biru Laut(Kesucian)<
Para pelajar diibaratkan kain putih. Tenaga pengajar di samping ibubapa berperanan mendidik para pelaar agar cemerlang dalam pendidikan dan sahsiah diri.
>Kuning(Kedaulatan)<
Kedaulatan undang-undang dijaga disamping wawasan sekolah yang ingin melahirkan pelajar yang cemerlang selaras dengan sahsiah diri yang tingi dan pesonaliti.
>Biru(Keharmonian)<
Menggambarkan keharmonian hubungan antara tenaga pengajar dengan para pelajar serta kerjasama daripada ibubapa.
1 Komen:
salam ziarah,
nice blog... keep it on!
lencana yg meninggalkan seribu kenangan... masih digunakan ke?
PS :
bangga pernah menjadi x student SMKJ.
:)
Catat Ulasan