SEK MEN KEB KETENGAH JAYA

LAMAN BLOG RASMI SEJAYA

Assalamualaikum

Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Sempadan. Layarilah Blog Ini Dengan Hati Yang Penuh Kebanggaan. Dapatkan Maklumat Terkini SEJAYA Dengan Mudah Dan Hanya Di Hujung Jari Anda.

IdenTiti SejaYa

LENCANA SEKOLAH

>Bentuk Perisai<

Melambangkan satu institusi yang kuat dan tahan dari segala ancaman dan cabaran.

>Warna Biru<

Melambangkan semangat perpaduan, kerjasama, bersatu hati dalam segala rusan di antara pelajar, guru, dan masyarakat dalam mencapai cita-cita bersama melalui pendidikan.

>Bulan dan Bintang<

Lambang agama rasmi negara iaitu Islam dan menunjukkan majoriti pelajar, guru, dan ibubapa dari bangsa melayu yang beragama Islam. Pendidikan di sekolah juga berlandaskan agama Islam.

>Lambang Buku<

Menunjukkan ilmu pengetahuan yang perlu dicari oleh setiap insan di dunia ini tanpa rasa jemu selaras dengan tuntutan Islam untuk mencari sehingga ke akhir hayat.

>Tiga Gelung Bercantum<

Melambangkan aktiviti kokurikulum yang penting untuk mengimbangi kehidupan pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.


Bendera Sekolah

>Biru Laut(Kesucian)<

Para pelajar diibaratkan kain putih. Tenaga pengajar di samping ibubapa berperanan mendidik para pelaar agar cemerlang dalam pendidikan dan sahsiah diri.

>Kuning(Kedaulatan)<

Kedaulatan undang-undang dijaga disamping wawasan sekolah yang ingin melahirkan pelajar yang cemerlang selaras dengan sahsiah diri yang tingi dan pesonaliti.

>Biru(Keharmonian)<

Menggambarkan keharmonian hubungan antara tenaga pengajar dengan para pelajar serta kerjasama daripada ibubapa.

SMKKJ Ku Maju



Lahirmu Ketengah Jayaku,

Seiring Harapan Membiru,

Menuju Hasrat Untuk Maju,

Berjaya Berilmu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ku Sanjung Dan Ku Jaga,

Ku Puja Sepanjang Masa,

Ku Genggam Di Sanubariku,

Demi Citamu Citaku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ku Sayang Guruku,

Sayang Ibu Bapaku,

Berjuang Menuntut Ilmu,

Menggapai Cita Nan Satu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sopan Santun Budi Mulia,

Beretika Taat Dan Setia,

Rahmat Hidup Kita Semua,

Pohon Restu Allah Yang Esa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lagu & Lirik: En. Ali bin Mohamad

PiaGam PeLAnggaN


Kami Bersedia Memberi perkhidmatan yang BERKUALITI, CEKAP, ADIL, MESRA, dan BERKESAN kepada semua pelanggan kami sebagaimana berikut;


  • Memberi maklumat yang diperlukan dengan tepat dan cepat dan sekaligus menyelesaikan masalah pelanggan secepat mungkin.
  • Memastikan semua pelajar SEJAYA mendapat peluang belajar bermula hari pertama sesi persekolahan.
  • Memastikan semua sumber tenaga SEJAYA kosisten, berkualiti dan berdedikasi melaksanakan tugas yang diamanahkan.
  • Meningkatkan prestasi pengurusan serta pentadbiran kurikulum dan kokurikulum.
  • Meningkatkan kemudahan fizikal & peralatan, keselamatan, kebersihan, dan keceriaan persekitaran sekolah serta menjadikan "SEKOLAHKU SYURGAKU".
  • Mewujudkan integrasi antara ahli keluarga serta penglibatan masyarakat dalam aktiviti sekolah.
  • Bersedia menerima teguran dan sarananbagi memantapkan lagi kualiti perkhidmatan kami.

Misi & Visi


MISI

Ke arah Merealisasikan visi sekolah, kami warga sekolah akan berusaha untuk;

  • Memastikan pencapaian akademik sentiasa cemerlang
  • Memupuk sahsiah dan nilai murni di jiwa seluruh pelajar
  • Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum
  • Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang tulus dan telus
  • Mewujudkan persekitaran yang konduksif
  • Menjalinkan hubungan yang erat dengan komuniti setempat

VISI

Melahirkan Insan Cemerlang dan Seimbang Dalam Semua Bidang Menjelang 2010 dengan menjadi Sekolah Terbaik di Wilayah FELDA Menjelang 2007

SejarAh PenGetua

  • 1983-1986-----> En.Abdullah bin Ali
  • 1986-1987-----> En.Abdullah bin Ali
  • 1987-1988-----> En.Mohd Shah bin Johan
  • 1989-1992-----> Tn.Haji Daud bin Jusoh
  • 1993-1995-----> Tn.Haji Anuar @ Ahmad bin Haji Ali
  • 1996-1998-----> Tn.Haji Rohmat bin Jusoh
  • 1998-2000----> Tn.Haji Abdul Rahman bin Muda
  • 2001-2003----> En.Zakariah bin Ali
  • 2004-2008----> Pn.Salmah bt Mohd Tahar
  • 2009- now----> Pn. Midah bt Mamat

Guru CemerLang Sejaya TerBilang

SELAMAT HARI GURU

kepada guru-guru berwibawa SEJAYA. Segala Jasa Cikgu tidak dpt kami balas. Diharap usaha cikgu2 utk menyemai ilmu di dalam diri setiap ANAK2 FELDA ini dpt diteruskan. Usaha tersebut adalah suatu usaha yg sungguh murni. Kami pelajar SEJAYA ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH atas PENGORBANAN cikgu2 yg tidak TERNILAI itu...

SekolaHku KeBangGaanKU

KeinDahan Sejaya
Pintu BesarArea Pusat Sumber
Menara Kolam
Bangunan(blok B)
Padang Bola
Bilik Mesyuarat
Dewan Sejaya Mulia
Kantin

SejaRah SejaYa

Sek.Men.Keb.Ketengah Jaya atau nama asalnya Sek.Men.Felda Rasau Kerteh(SMFRK) ditubuhkan pada 1 Januari1983. Sekolah ini merupakan satu2nya sek.men di rantau Felda Rasau Kerteh dan menempatkan pelajar-pelajar drpd sekolah-sekolah rendah spt: SK.Felda Kerteh1, SK.FeldaKerteh2, SK Bandar B1. Tanggal 1 Januari 1992, sekolah ini telah dinaik taraf daripada gred B ke gred A. Perkembangan berlaku pada tahun-tahun berikutnya iaitu 1 Januari 1994 SMFRK ditukar namanya menjadi Sek.Men.Keb.Ketengah Jaya(SEJAYA). Sekolah ini mempunyai 56 unit kelas (10blok bangunan) berbanding 4 unit kelas( 3 blok bangunan) pada peringkat awal penubuhannya.
SEJAYA terletak kira2 45km dr bandar Dungun. Sekolah ini boleh dihubungi melalui dua laluan utama iaitu: dr arah timur melalui Paka dan dr arah Barat melalui lebuhraya Jerangau-Jabor di km101. Keluasan sekolah ini termasuk kawasan rumah guru ialah 8.8 ekar.
Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini, seramai 100 org pelajar telah didaftarkan dgn jumlah guru seramai 7 org shj. Disebabkan pertambahan penduduk, sekolah ini juga mengalami perubahan dan pertambahan pengambilan pelajar. Disebabkan bil pelajar sek terlalu ramai berbanding dgn kemudahanya ada, maka sesi pembelajaran terpaksa diadakan secara dua sesi iaitu sesi pagi yang melibatkan tingkatan 3,4, dan 5 manakala sesi ptg utk pelajar tingkatan 1 dan 2. Namun mulai 2004 sesi pembelajaran dua sesi telah kembali kepada satu sesi. Ini disebabkan pembinaan 2 blok bangunan lg y boleh menampung jumlah pelajar keseluruhannya.

ALAM SEJAYA

Followers

Sembang-Sembang