SEK MEN KEB KETENGAH JAYA

LAMAN BLOG RASMI SEJAYA

Assalamualaikum

Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Sempadan. Layarilah Blog Ini Dengan Hati Yang Penuh Kebanggaan. Dapatkan Maklumat Terkini SEJAYA Dengan Mudah Dan Hanya Di Hujung Jari Anda.

IdenTiti SejaYa

LENCANA SEKOLAH

>Bentuk Perisai<

Melambangkan satu institusi yang kuat dan tahan dari segala ancaman dan cabaran.

>Warna Biru<

Melambangkan semangat perpaduan, kerjasama, bersatu hati dalam segala rusan di antara pelajar, guru, dan masyarakat dalam mencapai cita-cita bersama melalui pendidikan.

>Bulan dan Bintang<

Lambang agama rasmi negara iaitu Islam dan menunjukkan majoriti pelajar, guru, dan ibubapa dari bangsa melayu yang beragama Islam. Pendidikan di sekolah juga berlandaskan agama Islam.

>Lambang Buku<

Menunjukkan ilmu pengetahuan yang perlu dicari oleh setiap insan di dunia ini tanpa rasa jemu selaras dengan tuntutan Islam untuk mencari sehingga ke akhir hayat.

>Tiga Gelung Bercantum<

Melambangkan aktiviti kokurikulum yang penting untuk mengimbangi kehidupan pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.


Bendera Sekolah

>Biru Laut(Kesucian)<

Para pelajar diibaratkan kain putih. Tenaga pengajar di samping ibubapa berperanan mendidik para pelaar agar cemerlang dalam pendidikan dan sahsiah diri.

>Kuning(Kedaulatan)<

Kedaulatan undang-undang dijaga disamping wawasan sekolah yang ingin melahirkan pelajar yang cemerlang selaras dengan sahsiah diri yang tingi dan pesonaliti.

>Biru(Keharmonian)<

Menggambarkan keharmonian hubungan antara tenaga pengajar dengan para pelajar serta kerjasama daripada ibubapa.

1 Komen:

Moderator Facebook XSMKJ 16 Disember 2009 pada 5:15 PTG  

salam ziarah,

nice blog... keep it on!
lencana yg meninggalkan seribu kenangan... masih digunakan ke?

PS :
bangga pernah menjadi x student SMKJ.
:)

ALAM SEJAYA

Followers

Sembang-Sembang