Assalamualaikum
Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Sempadan. Layarilah Blog Ini Dengan Hati Yang Penuh Kebanggaan. Dapatkan Maklumat Terkini SEJAYA Dengan Mudah Dan Hanya Di Hujung Jari Anda.
Majalah Sekolah (ALAM)




SMK Ketengah Jaya telah menerbitkan Majalah Sekolah untuk warga sekolahnya dan majalah ini adalah sebagai satu sumber bagi memudahkan warga Sejaya dan bekas warga Sejaya untuk menyingkap kembali memori suka duka ketika alam persekolahan. Oleh itu, terhasillah Majalah Sekolah yang telah dikenali sebagai ALAM dan Imbauan Tabir Memori merupakan motto bagi Majalah Sekolah ini. Setakat ini pihak sekolah dengan bantuan sidang redaksi bagi setiap edisi telah berjaya menerbitkan 4 edisi majalah sekolah iaitu bermula dengan edisi pertama pada tahun 2001 dan seterusnya pada tahun 2003, 2005, dan terakhir 2007.
Majlis Watikah Pelantikan Pengawas 2010
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2010
DEWAN SEJAYA MULIA




"Sejarah Telah Tercipta". Itu ungkapan yang dapat diterjemah kerana pada kali ini pihak pengurusan dan badan disiplin sekolah telah mencipta sejarah tersendiri dengan mengadakan satu pilihanraya kecil bagi jawatan Ketua Pengawas/Pelajar Lelaki dan Perempuan. Proses pengundian telah melibatkan semua murid dan pelajar SEJAYA dan keputusan bagi Jawatan yang dipertandingkan telah dimenangi oleh Saudara Mohd Faizrul Hisyam Bin Hassan dan Saudari Rozelia Aisya Binti Abd Razak.
Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah
Sekolah Menengah Kebangsaan Ketengah Jaya




Sambutan Maulidur Rasul kali ini telah melibatkan penyertaan dari pihak murid dan pelajar SEJAYA serta pihak guru dan pengurusan sekolah. Mereka telah berarak dari sekolah ke kawasan sekitar felda kerteh 04 dengan perarakan sepanduk Maulidur Rasul sambil diiringi dengan alunan selawat tanda memuji dan cintakan Rasul.
Selamat Berjaya
Selamat Menghadapi Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Kepada Semua Pelajar2 Sejaya.
- Mohon Maaf Terlebih Dahulu Kepada IbuBapa, Guru2, & Rakan2.
- Baca Doa Sebelum Masuk Ke Dewan Peperiksaan, Sebelum Menjawab &
- Selepas Menjawab
- Jawab Dengan Tenang
Kami Doakan Agar Anda Semua Berjaya Dengan Menghadapi Peperiksaan Ini Dengan Jayanya Dan Berjaya Mendapat Keputusan Yang Cemerlang.
Harumkanlah Nama IbuBapa, Keluarga, Guru2, Sekolah, dan Semestinya Diri Anda Sendiri.
Selamat Berjaya...Amin....
Guru Pembina Negara Bangsa
Buat Guruku
Selamat Hari Guru Kepada Semua Guru Sejaya Yang Sedang Mengajar Atau Pernah Mengajar. Jasa Cikgu2 tak Pernah Kami Lupakan Sampai Bila2. Harap Ikatan Yang Telah Terbina Ini Dapat Diperkuatkan Dan Akan Kekal Sampai Bila2.
"Tiada Siapa Yang Dapat Memisahkan Hubungan Yang Terjalin Padu Ini"
"Dikau Penunjuk Kebenaran Tika Aku Terkapai2 Dalam Kegelapan"
"Dikau Pengganti IbuBapaku Yang Bisa Mendidik ku Sehingga Aku Pandai Bertatih, Merangkak, Berdiri, Dan Terus Berlari, Berlari Mengejar Impian Yang Sudah Lama Aku Impikan"
"Dikau Bara Yang Bisa Membakar Tika Aku Leka Dengan Buaian Remaja"
"Dikau Salju Yang Bisa Mendamaikan Jiwa Tika Aku Keliru Dengan Titian Masalah"
"Mana Mungkin Dapat ku Balas Segala Jasa Pengorbananmu, Walau Dengan Wang Ringgit Sekalipun"
"Kerna Pengorbanan Yang Lahir Dari Hati Nuranimu Begitu Suci Sejati"
"Dikau Guru Yang Terulung"
Daripada Anak Didikmu
IdenTiti SejaYa
>Bentuk Perisai<
Melambangkan satu institusi yang kuat dan tahan dari segala ancaman dan cabaran.
>Warna Biru<
Melambangkan semangat perpaduan, kerjasama, bersatu hati dalam segala rusan di antara pelajar, guru, dan masyarakat dalam mencapai cita-cita bersama melalui pendidikan.
>Bulan dan Bintang<
Lambang agama rasmi negara iaitu Islam dan menunjukkan majoriti pelajar, guru, dan ibubapa dari bangsa melayu yang beragama Islam. Pendidikan di sekolah juga berlandaskan agama Islam.
>Lambang Buku<
Menunjukkan ilmu pengetahuan yang perlu dicari oleh setiap insan di dunia ini tanpa rasa jemu selaras dengan tuntutan Islam untuk mencari sehingga ke akhir hayat.
>Tiga Gelung Bercantum<
Melambangkan aktiviti kokurikulum yang penting untuk mengimbangi kehidupan pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.

Bendera Sekolah
>Biru Laut(Kesucian)<
Para pelajar diibaratkan kain putih. Tenaga pengajar di samping ibubapa berperanan mendidik para pelaar agar cemerlang dalam pendidikan dan sahsiah diri.
>Kuning(Kedaulatan)<
Kedaulatan undang-undang dijaga disamping wawasan sekolah yang ingin melahirkan pelajar yang cemerlang selaras dengan sahsiah diri yang tingi dan pesonaliti.
>Biru(Keharmonian)<
Menggambarkan keharmonian hubungan antara tenaga pengajar dengan para pelajar serta kerjasama daripada ibubapa.
SMKKJ Ku Maju
PiaGam PeLAnggaN
Kami Bersedia Memberi perkhidmatan yang BERKUALITI, CEKAP, ADIL, MESRA, dan BERKESAN kepada semua pelanggan kami sebagaimana berikut;
- Memberi maklumat yang diperlukan dengan tepat dan cepat dan sekaligus menyelesaikan masalah pelanggan secepat mungkin.
- Memastikan semua pelajar SEJAYA mendapat peluang belajar bermula hari pertama sesi persekolahan.
- Memastikan semua sumber tenaga SEJAYA kosisten, berkualiti dan berdedikasi melaksanakan tugas yang diamanahkan.
- Meningkatkan prestasi pengurusan serta pentadbiran kurikulum dan kokurikulum.
- Meningkatkan kemudahan fizikal & peralatan, keselamatan, kebersihan, dan keceriaan persekitaran sekolah serta menjadikan "SEKOLAHKU SYURGAKU".
- Mewujudkan integrasi antara ahli keluarga serta penglibatan masyarakat dalam aktiviti sekolah.
- Bersedia menerima teguran dan sarananbagi memantapkan lagi kualiti perkhidmatan kami.
Misi & Visi
Ke arah Merealisasikan visi sekolah, kami warga sekolah akan berusaha untuk;
- Memastikan pencapaian akademik sentiasa cemerlang
- Memupuk sahsiah dan nilai murni di jiwa seluruh pelajar
- Melibatkan semua pelajar dalam aktiviti kokurikulum
- Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang tulus dan telus
- Mewujudkan persekitaran yang konduksif
- Menjalinkan hubungan yang erat dengan komuniti setempat
VISI
Melahirkan Insan Cemerlang dan Seimbang Dalam Semua Bidang Menjelang 2010 dengan menjadi Sekolah Terbaik di Wilayah FELDA Menjelang 2007
SejarAh PenGetua
- 1983-1986-----> En.Abdullah bin Ali
- 1986-1987-----> En.Abdullah bin Ali
- 1987-1988-----> En.Mohd Shah bin Johan
- 1989-1992-----> Tn.Haji Daud bin Jusoh
- 1993-1995-----> Tn.Haji Anuar @ Ahmad bin Haji Ali
- 1996-1998-----> Tn.Haji Rohmat bin Jusoh
- 1998-2000----> Tn.Haji Abdul Rahman bin Muda
- 2001-2003----> En.Zakariah bin Ali
- 2004-2008----> Pn.Salmah bt Mohd Tahar
- 2009- now----> Pn. Midah bt Mamat
Guru CemerLang Sejaya TerBilang
SejaRah SejaYa






















