SEK MEN KEB KETENGAH JAYA

LAMAN BLOG RASMI SEJAYA

Assalamualaikum

Selamat Datang Ke Dunia Tanpa Sempadan. Layarilah Blog Ini Dengan Hati Yang Penuh Kebanggaan. Dapatkan Maklumat Terkini SEJAYA Dengan Mudah Dan Hanya Di Hujung Jari Anda.

Guru Pembina Negara Bangsa

Buat Guruku

Selamat Hari Guru Kepada Semua Guru Sejaya Yang Sedang Mengajar Atau Pernah Mengajar. Jasa Cikgu2 tak Pernah Kami Lupakan Sampai Bila2. Harap Ikatan Yang Telah Terbina Ini Dapat Diperkuatkan Dan Akan Kekal Sampai Bila2.

"Tiada Siapa Yang Dapat Memisahkan Hubungan Yang Terjalin Padu Ini"
"Dikau Penunjuk Kebenaran Tika Aku Terkapai2 Dalam Kegelapan"
"Dikau Pengganti IbuBapaku Yang Bisa Mendidik ku Sehingga Aku Pandai Bertatih, Merangkak, Berdiri, Dan Terus Berlari, Berlari Mengejar Impian Yang Sudah Lama Aku Impikan"
"Dikau Bara Yang Bisa Membakar Tika Aku Leka Dengan Buaian Remaja"
"Dikau Salju Yang Bisa Mendamaikan Jiwa Tika Aku Keliru Dengan Titian Masalah"
"Mana Mungkin Dapat ku Balas Segala Jasa Pengorbananmu, Walau Dengan Wang Ringgit Sekalipun"
"Kerna Pengorbanan Yang Lahir Dari Hati Nuranimu Begitu Suci Sejati"
"Dikau Guru Yang Terulung"

Daripada Anak Didikmu

IdenTiti SejaYa

LENCANA SEKOLAH

>Bentuk Perisai<

Melambangkan satu institusi yang kuat dan tahan dari segala ancaman dan cabaran.

>Warna Biru<

Melambangkan semangat perpaduan, kerjasama, bersatu hati dalam segala rusan di antara pelajar, guru, dan masyarakat dalam mencapai cita-cita bersama melalui pendidikan.

>Bulan dan Bintang<

Lambang agama rasmi negara iaitu Islam dan menunjukkan majoriti pelajar, guru, dan ibubapa dari bangsa melayu yang beragama Islam. Pendidikan di sekolah juga berlandaskan agama Islam.

>Lambang Buku<

Menunjukkan ilmu pengetahuan yang perlu dicari oleh setiap insan di dunia ini tanpa rasa jemu selaras dengan tuntutan Islam untuk mencari sehingga ke akhir hayat.

>Tiga Gelung Bercantum<

Melambangkan aktiviti kokurikulum yang penting untuk mengimbangi kehidupan pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.


Bendera Sekolah

>Biru Laut(Kesucian)<

Para pelajar diibaratkan kain putih. Tenaga pengajar di samping ibubapa berperanan mendidik para pelaar agar cemerlang dalam pendidikan dan sahsiah diri.

>Kuning(Kedaulatan)<

Kedaulatan undang-undang dijaga disamping wawasan sekolah yang ingin melahirkan pelajar yang cemerlang selaras dengan sahsiah diri yang tingi dan pesonaliti.

>Biru(Keharmonian)<

Menggambarkan keharmonian hubungan antara tenaga pengajar dengan para pelajar serta kerjasama daripada ibubapa.

SMKKJ Ku Maju



Lahirmu Ketengah Jayaku,

Seiring Harapan Membiru,

Menuju Hasrat Untuk Maju,

Berjaya Berilmu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ku Sanjung Dan Ku Jaga,

Ku Puja Sepanjang Masa,

Ku Genggam Di Sanubariku,

Demi Citamu Citaku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ku Sayang Guruku,

Sayang Ibu Bapaku,

Berjuang Menuntut Ilmu,

Menggapai Cita Nan Satu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sopan Santun Budi Mulia,

Beretika Taat Dan Setia,

Rahmat Hidup Kita Semua,

Pohon Restu Allah Yang Esa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lagu & Lirik: En. Ali bin Mohamad

ALAM SEJAYA

Followers

Sembang-Sembang